Ezam keluar UMNO: 'Parti perlu dibersihkan dari manusia tiada integriti' - Lokman Adam
Astro Awani
Oktober 2, 2016 00:07 MYT
Oktober 2, 2016 00:07 MYT
Tindakan bekas senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor meninggalkan UMNO sememangnya tepat kerana parti itu perlu dibersihkan dari manusia hipokrit sepertinya.
Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam berkata, hasrat Mohamad Ezam itu sudah lama dihidu sejak dia meninggalkan jawatannya dalam kerajaan enam bulan yang lalu.
"Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk mengulas tindakan beliau ialah apabila saya membaca kenyataan 14 perenggan beliau yang penuh dengan penyataan seolah-olah beliau ini seorang yang cukup bermoral, berprinsip dan cukup anti rasuah," kata Lokman Noor dalam satu kenyataan.
"Sebagai bekas rakan tahanan di Kamunting dan Setiausaha Pemuda Keadilan yang berketuakan Ezam, kenyataan beliau itu membuat saya merasa cukup meluat kerana saya cukup mengenali manusia tiada integriti dan hipokrit bernama Ezam ini," tambahnya.