Exco Perak nafi keluar DAP, sertai gabungan baharu

Bernama
Mac 4, 2020 10:02 MYT
Yong (gambar) berkata, beliau bersama barisan Exco kerajaan Perak masih menjalankan tugas seperti biasa selagi Menteri Besar belum membuat pengumuman lanjut mengenai pentadbiran kerajaan negeri. - Gambar fail
Seorang Exco Perak menafikan desas-desus melibatkan dirinya keluar daripada DAP untuk menyertai gabungan baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak Paul Yong Choo Kiong yang juga bendahari DAP Perak menegaskan beliau masih menganggotai parti itu.
“Saya tidak pernah keluar parti. Rumours (khabar angin) mana-mana pun ada. Saya masih lagi DAP. Kita kena fokus kepada apa yang akan terjadi kepada kerajaan Perak ini.
“Bukannya saya akan keluar ke, saya akan masuk mana-mana ke, itu tak penting. Kerajaan negeri yang penting, betul tak?” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Selasa.
BACA: Bersatu sudah keluar PH, kerajaan negeri yang baharu perlu dilantik secara formal- Abdul Aziz Bari
BACA: Adun Kuala Kurau nafi dapat tawaran Muafakat Nasional di Perak
Menurutnya lagi, beliau bersama barisan Exco kerajaan Perak masih menjalankan tugas seperti biasa selagi Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu belum membuat pengumuman lanjut mengenai pentadbiran kerajaan negeri.
BACA: Ahmad Faizal menghadap Sultan Perak
BACA: Faizal Azumu masih MB Perak - Nizar Jamaluddin
-- BERNAMA
#ADUN #Ahmad Faizal Azumu #DAP #Exco #gabungan baharu #keluar parti #Kerajaan Negeri Perak #khabar angin #Malaysia2020 #Menteri Besar #Paul Yong Choo Kiong #Perak #Sultan Perak
;