Exco Pemuda UMNO tanding Majlis Tertinggi

Bernama
Jun 3, 2018 04:43 MYT
ARMAND AZHA: Kita tidak menolak pemimpin lama tapi sudah sampai masanya ruang dan peluang diberikan kepada pemimpin muda menerajui UMNO. - Gambar fail
Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah pada Ahad berkata beliau akan bertanding sebagai Anggota Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti kali ini.
Armand Azha berkata pertandingan calon muka baharu dan lama perlu dalam memastikan UMNO terus relevan.
"Bagi saya, kita tidak menolak pemimpin lama tapi sudah sampai masanya ruang dan peluang diberikan kepada pemimpin muda menerajui UMNO," katanya selepas majlis berbuka puasa UMNO, malam tadi.
BACA: Banyakkan calon bertanding di peringkat tertinggi UMNO - Penganalisis
BACA: Jamal tanding Ketua Pemuda, Majlis Tertinggi UMNO
Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula pada 19 Mei 2018 sehingga 10 Jun 2018.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.
-- BERNAMA
#Armand Azha Abu Hanifah #baharu #bertanding #calon #Exco #lama #majlis tertinggi #MT #parti #pemilihan #pemimpin #Pemuda UMNO #relevan #UMNO
;