Empat jam berlalu, belum ada pergerakan keluar dari pejabat Anwar

Nickyson Nyambar
November 22, 2022 14:35 MYT
Belum ada mana-mana pemimpin keluar dari pekarangan pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terletak di Jalan Gasing. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Pertemuan berkaitan rundingan Pakatan Harapan (PH) yang dipercayai bermula sejak jam 10 pagi belum menyaksikan mana-mana pemimpin keluar dari pekarangan pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terletak di Jalan Gasing.
Bagaimanapun, kehadiran Timbalan Speaker Negeri Sembilan, M. Ravi menarik perhatian apabila beliau tiba pada jam 2.25 petang menyertai rundingan yang sedang berlangsung ketika ini.
Setakat ini para media masih lagi menanti di hadapan pejabat Presiden PH itu.
Antara yang dilaporkan hadir termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Meskipun sudah melepasi tempoh jam 2 petang untuk menyembah maklum berkenaan senarai gabungan parti untuk membentuk kerajaan, termasuk seorang ahli Parlimen yang mendapat persetujuan wakil-wakil Dewan Rakyat, tiada kenderaan dari lokasi ini yang dilihat membawa Datuk Seri Anwar ke Istana.
#PRU15 #Anwar Ibrahim #Pakatan Harapan #Istana Negara
;