Elak pemimpin bersifat diktator - Mat Taib

Syah Hairizal Kamalul Arifin
November 27, 2015 11:33 MYT
Tindakan tersebut merupakan trend terbaharu kerajaan pakatan di negeri itu yang ingin lebih mengutamakan suara pengundi. - Gambar Fail
Pemimpin yang tidak bersifat seperti diktator tidak akan mengheret orang lain untuk mengikut kehendaknya malah mengutamakan pendapat.
Selain itu pemimpin yang dipilih rakyat perlu mengutamakan suara dan hak pengundi biarpun ia tidak sehaluan dengan kehendak atau keputusan ahli parti.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata tindakan berkecuali lima Adun PKR dalam usul penambakan laut di Tanjung Piang pada persidangan DUN Pulau Pinang perlu diraikan Pakatan Harapan negeri itu.
"Semua pihak perlu menghormati keputusan berkecuali mereka (lima Adun PKR) menolak usul tersebut.
Mereka ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul terutamanya yang berkait rapat dengan suara pengundi mereka," ujarnya yang memuji tindakan professional lima Adun PKR terbabit.
Tambah Muhammad, tindakan tersebut merupakan trend terbaharu kerajaan pakatan di negeri itu yang ingin lebih mengutamakan suara pengundi.
"Di Amerika Syarikat, ahli parti demokrat yang tidak bersetuju dengan langkah yang dibuat Barack Obama tentang beberapa isu akan bertindak mengundi usul yang dibawa parti republikan.
"Jadi kita tidak boleh heret orang lain until ikut kehendak kita"jelasnya lagi.
Awal minggu ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan lima Adun PKR terbabit dan Adun dari DAP yang tidak menyokong usaha yang diusulkan pada Jumaat lalu dan menyifatkan sebagai tidak menghormati keputusan yang dibuat kerajaan pakatan.
Mengulas lanjut, Muhammad mengingatkan agar sebarang keputusan yang bakal dibuat kelak perlu diputuskan dengan lebih berhati-hati.
"Ada ribuan pengundi di luar dewan yang menanti dengan penuh harapan tindakan betul yang dibuat wakil yang dipilih mereka.
"Paling utama ia bukan perbincangan sehala "there's no one way traffic' dan ini perlu diterima sebagai politik baru kerajaan pakatan" ujarnya.
#DAP #Lim Guan Eng #Muhammad Muhammad Taib #Tanjung Piang
;