DUN Terengganu mula bersidang, kawalan keselamatan diperketat
Harits Asyraf Hasnan
Ogos 8, 2016 10:47 MYT
Ogos 8, 2016 10:47 MYT
Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Tahun 2016 mula bersidang tepat jam 9.30 pagi tadi.
Buat julung kalinya, pihak polis melakukan pemeriksaan badan kepada setiap individu yang memasuki DUN Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Media difahamkan, kawalan keselamatan diperketat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Terdahulu, Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tiba di Wisma Darul Aman pukul 9.20 pagi tadi dan disambut kira-kira 100 penyokongnya yang turut membawa kain rentang bertulis "Kami menyokong penuh kepimpinan Ahmad Razif," "#respekmyMB" serta plakad "Hidup MB".
Kemelut politik di Terengganu menjadi tumpuan apabila bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dan ADUN Ajil Ghazali Taib mengkritik kepimpinan Ahmad Razif.
Malah, beliau berkali-kali juga telah menjelaskan bahawa tiada pilihan raya negeri (PRN) akan berlaku.
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#Ahmad Said
#Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Tahun 2016 mula bersidang tepat jam 9.30 pagi
#Wisma Darul Aman