Mahkamah Persekutuan di sini hari ini diberitahu bahawa Dewan Undangan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi menyekat kebebasan bersuara dan memberi pendapat.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar berkata di Malaysia, hanya Parlimen diberi kuasa menggubal undang undang bagi menyekat kebebasan bersuara dan memberi pendapat.
Oleh itu, kata beliau, Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang diguna pakai terhadap kliennya, pengarah syarikat penerbitan ZI Publications Sdn Bhd, Mohd Ezra Mohd Zaid, bagi tuduhan menerbitkan buku karangan Irshad Manji yang diterjemah ke bahasa Melayu bertajuk 'Allah, Kebebasan & Cinta', adalah tidak sah.
Malik berkata perkara berkaitan ZI Publication dan Mohd Ezra adalah bersangkut paut dengan kebebasan bersuara dan memberi pendapat.
Katanya hujah kerajaan Selangor bahawa kuasa perundangan untuk menggubal Seksyen 16 diambil daripada Senarai II Jadual Kesembilan, Item 1 Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh diterima kerana ia boleh menimbulkan percanggahan antara undang-undang persekutuan, yang tidak menganggap penerbitan bahan yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang negeri sebagai suatu jenayah.
Penolong Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Ahmad Fuad Othman, yang mewakili Kerajaan Selangor, peguam Mubashir Mansor yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) dan
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan, yang mewakili Kerajaan Malaysia, masing-masing berhujah bahawa Seksyen 16 enakmen negeri itu digubal secara sah oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.
Ahmad Fuad berkata Perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama Item 1, Senarai II Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, memberi kuasa kepada dewan undangan negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan perwujudan dan hukuman bagi perkara yang dilakukan orang Islam yang bercanggah dengan hukum Islam dan untuk mengawal penyebaran doktrin serta kepercayaan.
Katanya peruntukan seperti Seksyen 16 boleh digubal oleh dewan undangan negeri bagi melindungi kesucian Islam.
Sementara itu, Mubashir berkata sekiranya Parlimen menggubal peruntukan yang dipersoalkan itu, ia akan mengubah ciri-ciri dan keaslian Perlembagaan Persekutuan, menjadikannya tidak sejajar dengan kedudukan Sultan sebagai ketua agama Islam.
Tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada ZI Publication dan Mohd Ezra untuk memfailkan rayuan bagi mencabar kesahan Seksyen 16 dari segi undang-undang dan mereka menamakan kerajaan Selangor sebagai responden.
Kerajaan Malaysia dan MAIS dibenar campur tangan dalam petisyen itu. Mohd Ezra, 31, ditahan pegawai bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah.
Panel Mahkamah Persekutuan lima anggota dengan dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang mendengar petisyen itu, kemudian menangguhkan keputusan mereka kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Bernama
Thu Oct 09 2014
Peguam Malik Imtiaz Sarwar berkata di Malaysia, hanya Parlimen diberi kuasa menggubal undang-undang bagi menyekat kebebasan bersuara dan memberi pendapat. - Foto Fail
Polis siasat dakwaan buli di sekolah berasrama penuh di KL
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kejadian buli membabitkan anak seorang penyanyi dan beberapa individu lain di sebuah sekolah berasrama penuh di ibu negara.
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
AWANI 7:45 [05/10/2024] – Tunggu perkenan Majlis Raja-Raja | Inflasi dan gaji jadi tumpuan | Kes terpencil | Zionis terus angkuh
- Tiga negeri fatwakan GISB sesat, siasatan libat 10 peruntukan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
- Belanjawan 2025 tumpu isu inflasi dan naik gaji
- Kekecohan libat warga Palestin mungkin sebab stress, ATM tangani dengan profesional
- Gaza hancur lebur, Beirut hampiri kemusnahan
Pekebun boleh kemuka tuntutan akibat serangan haiwan liar
Pekebun yang mengalami kerugian hasil tanaman akibat ancaman haiwan liar boleh mengemukakan tuntutan pampasan terhadap kerosakan yang berlaku.
AWANI Ringkas: GISB Holdings | Kes tembakan di Song | PR1MA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
DUN Selangor lulus usul kecam keganasan terhadap atlet, gesa siasatan menyeluruh
Persidangan DUN Selangor hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan yang mengancam nyawa serta karier atlet terutamanya bola sepak.
Sokong MB: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang diubah
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari dari blok pembangkang.
DUN Selangor belum terima notis berkaitan status ADUN Selat Klang
DUN Selangor belum menerima sebarang notis berhubung status ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari berhubung keahliannya yang digugurkan oleh Bersatu.
Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kos sara hidup antara punca utama perceraian di Selangor
Kos sara hidup tinggi menjadi antara penyumbang kepada jumlah perceraian yang tinggi bagi orang Islam di negeri Selangor.
Pemaju LRT3 diarah kemuka cadangan selesai masalah kekerapan banjir
Pemaju LRT3 diarah mengkaji punca dan mengemukakan cadangan bagi mengatasi kekerapan banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di Selangor.
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
Kurangkan kerenah birokrasi, peraturan menyusahkan - Sultan Selangor
Penjawat awam perlu ada 'sense of urgency' dan bertindak segera dalam memastikan perkhidmatan berkaitan rakyat diselesaikan dengan pantas dan sempurna.
DUN Selangor lulus 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan 10 usul pelantikan Ahli Jawatankuasa Pilihan (JP) baharu pada Penggal Pertama Persidangan Dewan ke-15.