KUCHING: Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Tafsiran (Pindaan) 2022 yang antara lain mengemas kini senarai kaum pribumi di negeri itu.
Dibentangkan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali berkata rang undang-undang itu mendapat sokongan ahli dewan daripada kedua-dua pihak.
Beliau berkata pindaan itu dilakukan secara asasnya bagi menambah 12 kaum tambahan dalam jadual Ordinan Tafsiran dan akan memberikan kesan kepada kepada pindaan baru-baru ini pada Klausa (6)(a) Artikel 161A Perlembagaan Persekutuan mengenai kaum pribumi Sarawak.
Senarai 12 tambahan kaum termasuk dalam cadangan pindaan adalah Bagatan, Bakong, Bemali, Berawan, Dali, Lakiput, Jatti Miriek, Narom, Sa'ban, Tatau, Tring dan Vaie.
"Juga di bawah cadangan pindaan ini, seorang anak dari perkahwinan campuran mungkin boleh di anggap sebagai pribumi jika hanya salah seorang daripada ibubapanya adalah pribumi, tertakluk kepada syarat dan keadaan dan keperluan yang akan dikenakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
"Dengan pindaan ini, seorang anak akan dianggap sebagai pribumi selagi salah seorang dari ibu bapanya seorang pribumi. Tiada lagi keperluan kedua-dua ibu bapa perlu seorang pribumi Sarawak, seperti sebelum ini," katanya.
Baru Bian (PSB-Ba'Kelalan) yang membahaskan Rang Undang-Undang itu berkata pindaan bagi mengemas kini senarai kaum pribumi ke Sarawak adalah tepat pada masanya dan dialu-alukan oleh semua rakyat Sarawak, terutamanya mereka yang datang daripada komuniti pribumi yang tidak termasuk dalam senarai lama.
"Saya percaya, seperti juga semua anak negeri Sarawak yang lain, semua anak hasil perkahwinan campur antara pribumi dan bukan pribumi harus diiktiraf sebagai anak pribumi. Jika ini tidak dilakukan, ramai rakyat Sarawak akan kehilangan status pribumi mereka. Lama-kelamaan, tiada lagi pribumi tinggal di Sarawak," katanya.
Sementara itu, Gerawat Gala (GPS-Mulu) berkata pindaan itu dapat menangani rungutan dan memberi laluan kepada anak-anak hasil perkahwinan campur untuk diiktiraf sebagai pribumi Sarawak.
Pindaan ini dialu-alukan oleh anak-anak hasil perkahwinan campur yang merasa kehilangan warisan asli mereka. Ramai anak-anak hasil perkahwinan campur berbangga dan sangat menghargai warisan, adat resam, tradisi dan keturunan mereka dan mereka diterima sebagai pribumi oleh masyarakat mereka," tambahnya.
Persidangan Dewan Undangan Negeri ditangguhkan ke esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 15 2022

Pindaan itu dilakukan secara asasnya bagi menambah 12 kaum tambahan dalam jadual Ordinan Tafsiran.- Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

MA63: Perbincangan positif kerajaan Persekutuan-Sarawak isu pendidikan, kesihatan
Kerajaan Persekutuan memberi kerjasama erat kepada kerajaan Sarawak dan Sabah bagi mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan kesihatan di dua negeri berkenaan.

GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Persempadanan semula DUN Sarawak perlu libatkan kawasan bandar dan luar bandar - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kawasan yang terlibat wajar melibatkan penduduk pelbagai bangsa serta pembahagian kawasan bandar dan luar bandar

Sarawak terus berusaha jayakan agenda tambah bilangan wakil rakyat di Parlimen
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diberitahu bahawa Sarawak akan terus berusaha ke arah menjayakan agenda menambah bilangan wakil rakyatnya di Parlimen.

DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.

Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.

Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Upacara penghormatan terakhir untuk orang ramai akan berlangsung selama empat jam setengah bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari
Ia memberi sumber pendapatan baharu kepada pemilik rumah dan tiada lesen diperlukan untuk pemasangan panel dengan kapasiti sehingga 50KW.

Harga beras tempatan Sarawak tidak tertakluk Akta Kawalan Padi dan Beras
Harga beras tradisional tempatan Sarawak tidak tertakluk di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994.