DUN Perlis dibubarkan hari ini

Astro Awani
Oktober 14, 2022 10:55 MYT
DUN Perlis dibubarkan hari ini setelah mendapat perkenan Raja Perlis untuk memberi laluan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan PRU15. -Gambar fail/Bernama
KANGAR: Dewan Undangan Negeri Perlis menjadi negeri kedua selepas DUN Pahang dibubarkan hari ini.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man memaklumkan DUN Perlis dibubarkan setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Ia seterusnya akan memberi laluan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan PRU15 tidak lama lagi.
Azlan berkata beliau dan Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari telah menghadap Raja Perlis di Galeri Diraja Arau pada pukul 3 petang semalam dan menyembah maklum memohon pembubaran DUN Perlis.
"Alhamdulillah baginda telah memberi perkenan dan tarikh pembubaran DUN berkuat kuasa hari ini," kata Azlan dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
#DUN Perlis #Raja Perlis #PRU15 #bubar parlimen
;