DUN Kelantan bersidang selepas tarikh persidangan Parlimen diumum - Speaker
Bernama
Jun 20, 2021 16:45 MYT
Jun 20, 2021 16:45 MYT
KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hanya akan bersidang selepas Parlimen mengumumkan tarikh persidangannya, kata Yang Dipertua DUN Datuk Abdullah Ya'kub.
Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan pihaknya dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob hari ini.
Jika diadakan, sidang DUN Kelantan juga akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepertimana sidang Parlimen, sama ada secara maya atau bersemuka, katanya ketika dihubungi, hari ini.
Kali terakhir DUN Kelantan bersidang ialah pada 14 April 2020 dan hanya selama 45 minit ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
-- BERNAMA
#DUN Kelantan
#Yang Dipertua DUN
#Abdullah Ya'kub
#Parlimen
#SOP
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#parlimen bersidang