DUN Kelantan bersidang hujung November, bentang Belanjawan 2024

Sinar Harian
Oktober 15, 2023 16:17 MYT
Mohd Amar berkata, semasa sidang berkenaan nanti, ada satu atau dua rang undang-undang bakal dibentangkan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dijangka berlangsung hujung November ini bagi membentangkan Belanjawan 2024.
Perkara tersebut disahkan oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah ketika ditemui pemberita pada Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu berkata, semasa sidang berkenaan nanti, ada satu atau dua rang undang-undang bakal dibentangkan.
"Bagaimanapun, setakat ini kita belum mempunyai tarikh sebenar untuk perkara itu," katanya. - Sinar Harian
#DUN Kelantan #Kelantan #Mohd Amar
;