Dua ADUN Kedah dari PKR keluar parti, sokong kerajaan PN

Abdul Hadi Che Awang
Mei 12, 2020 12:45 MYT
Azman (kiri) dan Robert berkata kedua-dua mereka kini menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Persekutuan serta penubuhan kerajaan PN di peringkat negeri Kedah. - Astro AWANI
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah mengisytiharkan keluar parti hari ini dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Mereka ialah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee - kedua-duanya dari PKR.
Pada masa sama, mereka turut menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).
Pada sidang media di sini hari ini, kedua-dua mereka menegaskan keputusan terbabit diambil susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BACA: Kerajaan PH, Bersatu Kedah masih kekal, pertukaran kerajaan hanya spekulasi
BACA: Pentadbiran Negeri Kedah bakal bertukar?
Menurut mereka, Anwar dilihat mempunyai kepentingan peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.
Azman berkata, kedua-dua mereka kini menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Persekutuan serta penubuhan kerajaan PN di peringkat negeri Kedah.
BACA: Pas sedia tadbir Kedah, ganti kerajaan PH, Bersatu
BACA: Calon MB Kedah, Pas serah kepada Sultan untuk putuskan
Menurutnya, satu pengumuman khas akan dibuat petang ini bagi memaklumkan mengenai satu kerjasama politik baharu di negeri Kedah, sekali gus membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) campur Bersatu di negeri itu.
Sementara itu, Robert menyatakan, beliau akan turut melepaskan semua jawatan dalam parti yang disandang ketika ini, termasuk sebagai Ketua Cabang PKR Sungai Petani.
#ADUN #ADUN Bebas #Kedah #keluar parti #Perikatan Nasional #PKR
;