Dr Zulkifli singgah berkuliah di Slim River sebelum ke Putrajaya

Astro Awani
Mac 9, 2020 19:59 MYT
Tokoh agamawan yang mesra di sosial media itu juga memohon semua pihak agar mendoakan, bantu dan beri pandangan kepada beliau dalam menjalan tugas sebagai menteri. Twitter @drzul_albakri
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tetap meneruskan rutin sebagai pendakwah walaupun nama beliau sudahpun disenaraikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Dalam satu muat naik di laman Twitter, tokoh agamawan yang mesra media sosial itu juga memohon semua pihak agar mendoakan, membantu dan memberikan pandangan kepada beliau dalam menjalan tugas sebagai menteri.
"Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya," ciap Dr Zulkifli.

Babak Pertama, Episod Baharu 1. Sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. pic.twitter.com/BawPtO8DFH

— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) March 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Senarai barisan Kabinet Malaysia 2020

"Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya" - Dr Zulkifli

Dr Zulkifli merupakan lulusan ijazah doktor falsafah dalam bidang Shariah dari Universiti Sains Malaysia.
Beliau juga memperoleh ijazah pertama dari Universiti Islam Madinah dan sarjana dari Universiti Islam Arab dan Sains di Damsyik, Syria.
Sejak 2005 beliau menghasilkan 300 buku dalam bidang akidah, undang-undang Islam, hadis dan Sufisme serta terjemahan dari Bahasa Arab.
#Dr Zulkifli #kabinet #Kabinet Bekerja #KabinetBekerja #Malaysia2020 #mufti #Mufti Wilayah Persekutuan #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri
;