Dr Streram mahu 'biuskan' orang BN seperti Najib
Rahimah Abdullah
April 10, 2019 14:24 MYT
April 10, 2019 14:24 MYT
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr S.Streram membidas kenyataan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mempersenda pekerjaannya sebagai 'pakar bius'.
Katanya, beliau sebagai calon yang mempunyai kepakaran perubatan itu tidak menolak kemungkinan untuk ‘membius’ orang-orang Barisan Nasional (BN) seperti Najib.
“Mungkin Najib tidak faham pekerjaan pakar bius. Kita bukan sengaja nak beri orang tidur tetapi kalau pakar bius keluar, kita nak menidurkan (bius) orang-orang BN seperti Najib,” katanya kepada media selepas berkempen di Kampung Sega, Rantau pada Rabu.
Najib pada malam Selasa sekali lagi turun ke Rantau dan sering berseloroh dengan pengundi dengan mengatakan calon PH itu hanya pandai bius orang untuk tidur.
Kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berbaki beberapa hari lagi dan kedua-dua calon menggunakan kempen saat-saat akhir untuk meraih sokongan pengundi.
#Barisan Nasional
#bekas perdana menteri
#Calon Pakatan Harapan
#Dr S Streram
#Kampung Sega
#Najib Razak
#prk rantau
#Rantau Memilih