Dr Sahruddin kini Pengerusi BPN Bersatu Johor yang baharu
Bernama
Jun 11, 2022 19:57 MYT
Jun 11, 2022 19:57 MYT
SENAI: Bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal kini adalah Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengesahkan perkara itu, berkata watikah pelantikan Dr Sahruddin, 47, telah diserahkan pada 8 Jun lepas.
Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong itu adalah bagi menggantikan Muhyiddin yang memegang jawatan tersebut sejak 9 Sept 2020.
"Dia ambil alih, wajarlah sikit... jadi negeri dah ada tokoh... kita harap semua akan sokong... Saya akan beri bantuan dari segi pandangan dan nasihat tapi elok kita beri kepercayaan kepada tokoh muda untuk memimpin parti kita," katanya kepada pemberita pada Majlis Jalinan Mesra Bersatu Negeri Johor di Taman Scientex Utama di sini hari ini.
Dr Sahruddin sebelum ini memegang jawatan sebagai Setiausaha BPN Bersatu Johor.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pelantikan itu juga sekali gus membuktikan pimpinan mengiktiraf proses peremajaan parti.
-- BERNAMA
#Pengerusi BPN Bersatu Johor
#badan pimpinan negeri
#bekas menteri besar
#bekas MB Johor
#Dr Sahruddin Jamal