Dr Muhamad Akmal menang Ketua Pemuda UMNO

Hakim Rahman
Mac 11, 2023 15:00 MYT
Muhamad Akmal memperoleh 102 undi daripada 189 bahagian yang menjalankan pemilihan bagi sayap parti itu sekali gus menewaskan tiga pencabar lain. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh memenangi jawatan itu.
Muhamad Akmal memperoleh 102 undi daripada 189 bahagian yang menjalankan pemilihan bagi sayap parti itu sekali gus menewaskan tiga pencabar lain.
Keputusan tidak rasmi itu, dikongsikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di akaun media sosialnya.

Alhamdulillah, Keputusan tidak rasmi Dr Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA untuk Sesi 2023-2026. Setakat ini sudah melepasi majoriti mudah 96 Bahagian daripada 191. Tahniah!#PemudaTerasKebangkitan#BangkitKembali#PemudaJurubicaraRakyat pic.twitter.com/dIVT2ffdsr

— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) March 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tiga pencabar lain bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda ialah bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah merangkap Ahli Parlimen Paya Besar memperoleh 15 undi.
Manakala Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, hanya mendapat enam undi.
Seorang lagi calon iaitu Meor Hassan Mat Ali, gagal mendapat sebarang undi.
Keputusan rasmi pemilihan itu akan diumum Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan.
Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
#ADUN #Pemilihan UMNO #Parlimen #keputusan