Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan telah sedar akan kepentingan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) apabila menyatakan hasrat mahu meneruskan bantuan itu sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ternyata berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang menggelarkan BR1M adalah 'dedak' dan rasuah daripada kerajaan.
"Dia (Dr Mahathir) pun cepat sedar. Saya anggap itu satu kematanganlah...dan dia boleh terima BR1M, sebagai sesuatu yang baik," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina di Dewan Sri Tebrau, di sini, pada Ahad.
Shahrir berkata demikian ketika mengulas ucapan bekas perdana menteri itu pada majlis pelancaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam, yang mahu menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan cukai lain tetapi meneruskan BR1M sekiranya pembangkang menang PRU14.
Di KOTA TINGGI, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kenyataan bekas presiden UMNO itu yang mahu mengekalkan BR1M sebagai mengarut.
Selain itu, cadangan untuk mengekalkan BR1M juga dilihat seolah-olah tidak mendapat sokongan pemimpin parti pembangkang yang lain, kata beliau.
"Mungkin dia dah lupa apa dia cakap pasal BR1M itu rasuah. Macam mana pula bila dia cakap BR1M tu rasuah, tiba-tiba dia cakap dia nak buat BR1M juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan menyampaikan kunci rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di Taman Sinar Sedili, Kota Tinggi.
Di KUALA LUMPUR, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata Dr Mahathir dilihat sering menukar pendiriannya.
Menurutnya, BR1M ternyata memberi manfaat kepada rakyat sehingga Dr Mahathir sendiri mahu meneruskankannya berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan BR1M dengan rasuah.
"Setiap pemimpin harus mempunyai pendirian yang utuh kerana ia merupakan simbol kepercayaan rakyat dan kekuatan sistem kerajaan yang ingin dibentuk," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata Dr Mahathir dan penasihat beliau telah menerima hakikat bahawa BR1M bukan satu bentuk rasuah tetapi program yang berkesan dalam membantu rakyat berpendapatan rendah di negara ini.
Malah, lebih 63 buah negara di dunia menyediakan program bantuan dalam bentuk wang tunai kepada rakyat yang memerlukan dan kaedah bantuan ini terbukti dalam meringankan beban kewangan lebih tujuh juta rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah (B40).
"Jika Dr Mahathir turun padang dan bertemu dengan rakyat, beliau akan tahu bahawa rakyat negara ini menghargai usaha yang diambil oleh kerajaan untuk membantu mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2017
![Dr Mahathir telah sedar kepentingan BR1M - Shahrir Dr Mahathir telah sedar kepentingan BR1M - Shahrir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439628487_SHAHRIRSAMAD.jpg)
Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ternyata berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang menggelarkan BR1M adalah 'dedak' dan rasuah daripada kerajaan. - Gambar fail
![EPL: Manchester United belum 100 peratus bersedia - Erik ten Hag EPL: Manchester United belum 100 peratus bersedia - Erik ten Hag](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723774337_EriktenHag.jpg)
EPL: Manchester United belum 100 peratus bersedia - Erik ten Hag
Pra-musim yang kurang cemerlang, United menang dua kali, tewas tiga kali, sebelum tewas kepada Manchester City hujung minggu lalu.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Ogos 2024
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka 2.28 mata lebih tinggi kepada 1,614.63, turun naik antara 1,605.69 dan 1,614.69 sepanjang sesi dagangan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Ogos 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat dengan ketara berbanding dolar AS sejak isyarat untuk penurunan kadar di AS mendapat momentum.
![Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723712701_GurmitSinghKS.jpg)
Gurmit Singh K.S - Pejuang ekologi yang lantang bersuara
Gurmit Singh K.S. menghabiskan hampir sebahagian besar umurnya untuk berkempen dan memperjuangkan isu alam sekitar bagi memastikan kehijauan bumi tercinta ini terus terpelihara.
![Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723772704_JDVanceTimWalz.jpg)
Vance, Walz setuju debat Naib Presiden AS pada 1 Okt
Debat akan dikendalikan Norah O'Donnell bersama Margaret Brennan.
![Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723772501_Mpoxvirus.jpg)
Sweden sahkan kes pertama varian cacar monyet di luar Afrika
Individu itu disahkan dijangkiti varian cacar monyet yang lebih mudah merebak semasa berada di Afrika.
![Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723771510_AnakRonaldinho.jpg)
Anak Ronaldinho pilih Burnley dari Barcelona
Keputusan Joao Mendes yang menandatangani kontrak bersama Burnley itu telah mengejutkan pelbagai pihak.
Analisis KDNK suku kedua menjelang pengumuman
Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof membincangkan jangkaan mengenai data penuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024.
AWANI Pagi: Suara minda global ke arah kebitaraan mahasiwa
Diskusi 8.30 pagi Jumaat, membedah buku Memugar Ikhtiar Ke Arah Kebitaraan Mahasiswa tulisan Profesor Dr Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di mana salah satu daripadanya ialah berfikiran global, bertindak lokal menerusi program ESG Global Young Summit 2024 dianjurkan UMT minggu depan.
![Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723770703_maut.jpg)
Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan cedera ditetak di Bedong, Kedah
Tiga lelaki berusia 20-an hingga 30-an ditahan polis di sekitar Sungai Petani untuk membantu siasatan berhubung kes itu.
![Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618622085_tunMahathir.jpg)
Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.
![Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618063647_Najibrazakeksklus.jpg)
Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.
![Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-07/41469273781_TunMahathir.jpg)
Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.
![Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51579512368_BSHR.jpg)
Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.
![Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570254065_tunm.jpg)
Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Jelasnya, strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.
![Hopes for Pakatan Harapan Hopes for Pakatan Harapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61530528697_menteriangkatsumpah.jpg)
Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.
![Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71548574659_BSHR.jpg)
Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka
Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada Mei dan Ogos depan.
![Hentikan budaya politik sempit - Fahmi Hentikan budaya politik sempit - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535588313_TBDRZAMBRY.jpg)
Hentikan budaya politik sempit - Fahmi
Sentimen perkauman satu perkembangan politik yang tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.
![Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523627354_MuhammadNurManuty.jpg)
Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M
Kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.
![PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535406899_PRKSERISETIA.jpg)
PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.