Dr M persoal tujuan penubuhan JKNMPP

Astro Awani
Ogos 19, 2015 07:22 MYT
DR MAHATHIR: Buat apa? Anda tahu kenapa mereka bentuk jawatankuasa tersebut... ia bukan mengenai penubuhan jawatankuasa semata-mata, jadi tak perlu tubuh jawatankuasa. -Gambar fail
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tujuan penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).
Kata Dr Mahathir, ia bukan mengenai penubuhan jawatankuasa semata-mata.
“Buat apa? Anda tahu kenapa mereka bentuk jawatankuasa tersebut... ia bukan mengenai penubuhan jawatankuasa semata-mata, jadi tak perlu tubuh jawatankuasa,” katanya kepada pemberita.
Beliau ditemui ketika program Universiti Teknologi Petronas (UTP) Chancellor Public Lecture di Seri Iskandar pada Rabu.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan JKNMPP bagi merangka pelan pembaharuan pembiayaan politik bagi memastikan negara mengamalkan politik sihat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 14 Ogos, mengumumkan penubuhan JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik berintegriti yang komprehensif dan inklusif.
Menurut beliau, pelan tersebut penting dalam menangani isu pembiayaan politik, khususnya pada masa ini tidak terdapat peraturan mengenai pembiayaan politik yang boleh menentukan sesuatu itu salah atau tidak meskipun terdapat beberapa peraturan mengenai perbelanjaan pilihan raya.
#dana politik #JKNMPP #Mahathir Mohamad #Najib Razak #Seri Iskandar #Tun M
;