Dr Halimah seru warga ATM, polis keluar mengundi

Bernama
September 3, 2018 04:00 MYT
Halimah berkata setiap undi adalah penting dan pengundi perlu memilih calon serta parti yang boleh membela masa depan dan kebajikan rakyat. -Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali menyeru pengundi awal supaya keluar mengundi hari ini untuk melaksanakan tanggungjawab dan hak mereka.
Halimah berkata setiap undi adalah penting dan pengundi perlu memilih calon serta parti yang boleh membela masa depan dan kebajikan rakyat.
"Khususnya kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan isteri-isteri serta polis, mereka perlu membuat pilihan yang bijak," katanya semasa sidang media di ibu pejabat PAS Selangor, di sini pada Isnin.
Seramai 2,770 pengundi awal di kawasan DUN Seri Setia dan pusat pengundian akan dibuka bermula 8 pagi hingga 5 petang.
Halimah berdepan calon PH, Halimey Abu Bakar pada Sabtu ini berikutan kekosongan kerusi tersebut setelah kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Baharuddin akibat kanser usus 2 Ogos lalu.
--BERNAMA
#Angkatan Tentera Malaysia #Dr Halimah Ali #DUN #PAS #pengundi awal #polis #PRK #seri setia
;