Dewan Rakyat terima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen Ke-13 - Pandikar

Harits Asyraf Hasnan
April 6, 2018 08:35 MYT
Proklamasi tersebut diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. - Foto Astro AWANI / ASYRAF HASNAN
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen Ke-13 berkuat kuasa esok (Sabtu).
Proklamasi tersebut diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
"Dengan perisytiharan ini, maka tempoh Majlis Parlimen Ke-13 yang berlangsung sepanjang enam penggal adalah selama 4 tahun 10 bulan.
"Justeru itu, urusan selanjutnya akan terletak kepada bidang kuasa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan proses pilihan raya umum," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menyatakan bahawa SPR akan mengadakan mesyuarat khas dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis daripada Dewan Rakyat.
#Dewan Rakyat #Malaysia Memilih #Najib Razak #Pandikar Amin Mulia #Parlimen #Perdana Menteri #pilihan raya umum #pilihan raya umum 14 #PRU14 #Suruhanjaya Pilihan Raya #Yang di-Pertuan Agong