Dewan Rakyat lulus penubuhan KRPPM Integriti, Governans dan Anti Rasuah

Sinar Harian
April 5, 2023 11:10 MYT
KRPPM dipengerusikan oleh Syed Ibrahim dan dianggotai Mas Ermieyati, Young Syefura, Dr Muhammed Taufiq, Mohd Syahir, Poay Tiong, Azli, Roy Angau, Rodiyah, Isnaraissah Munirah, Khairil Nizam, Wan Ahmad Fayhsal dan Awang. -Foto Sinar Harian
PADA 3 April 2023 Dewan Rakyat telah meluluskan penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) Integriti, Governans & Anti Rasuah.
Keanggotaan KRPPM yang terdiri daripada lapan anggota ahli Parlimen dalam kalangan kerajaan dan pembangkang ini dipengerusikan oleh Syed Ibrahim Syed Noh.
Selain itu, KRPPM ini juga dianggotai Mas Ermieyati Samsudin, Young Syefura Othman, Dr Muhammed Taufiq Johari, Mohd Syahir Che Sulaiman, Khoo Poay Tiong, Azli Yusof, Roy Angau Gingkoi, Rodiyah Sapiee, Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy, Khairil Nizam Khirudin, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Senator Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan.
Fokus penubuhan KRPPM ini adalah untuk memastikan perubahan sistemik dan legislatif bagi mempertingkatkan integriti, tadbir urus dan pencegahan rasuah di Malaysia, melalui gabungan kolektif ahli-ahli Parlimen, Senator, masyarakat sivil dan pakar-pakar dalam bidang berkaitan.
KRPPM ini mensasarkan tumpuan perlaksanaan reformasi institusi merangkumi:-
KRPPM ini turut dianggotai kumpulan masyarakat sivil #RasuahBusters-Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Sekretariat), Transparency International Malaysia, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4), PATRIOT, UNDI 18, Bar Council Malaysia dan kumpulan pakar dan profesional,Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak, Datuk Hussamuddin Yaacub, Datuk Dr Anis Yusal, Shah Hakim Zain, Anas Zubedy, Maha Balakrishnan, Christopher Leong, Dr Terence Gomez dan Badlishah Sham Baharin.
KRPPM menyatakan komitmen menyeluruh setiap anggota demi memastikan ketelusan, akauntabiliti dan menyekat penyalahgunaan kuasa melalui penggubalan dan pemerkasaan dasar serta penambahbaikan polisi bersama program kesedaran dan advokasi kemasyarakatan yang berterusan.
Bersesuaian aspirasi kerajaan yang mengangkat agenda integriti dan anti rasuah, gabungan kolektif suara rakyat, ahli Parlimen dan Senator; KRPPM berharap untuk mendapat sokongan YAB Perdana Menteri dan pentadbirannya, Speaker, Peguam Negara, ahli Parlimen serta seluruh jentera parti politik bagi menjayakan usaha dan objektifnya untuk negara yang lebih progresif dan amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya demi kepentingan rakyat Malaysia.Kenyataan ini dikeluarkan oleh
AHLI KRPPM INTEGRITI, GOVERNANS & ANTI RASUAH
Syed Ibrahim Syed Noh
Mas Ermieyati Samsudin
Young Syefura Othman
Dr Muhammed Taufiq Johari
Mohd Syahir Che Sulaiman
Khoo Poay Tiong
Azli Yusof
Roy Angau Gingkoi
Rodiyah Sapiee
Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy
Khairil Nizam Khirudin
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Senator Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan
#RasuahBusters (Yayasan Sinar Untuk Malaysia) – Sekretariat
Transparency International Malaysia
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)
Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4)
PATRIOT
UNDI 18
Bar Council Malaysia
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar
Tan Sri Mohamed Nazir Tun Razak
Datuk Hussamuddin Yaacub
Datuk Dr Anis Yusal Yusoff
Shah Hakim Zain
Anas Zubedy
Maha Balakrishnan
Christopher Leong
Dr Edmund Terence Gomez
Badlishah Sham Baharin
-Sinar Harian
#KRPPM #Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia #Dewan Rakyat #Syed Ibrahim Syed Noh
;