Dewan Rakyat bukan forum pilih Perdana Menteri - Tok Mat
Sinar Harian
Februari 28, 2020 13:24 MYT
Februari 28, 2020 13:24 MYT
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan Dewan Rakyat bukanlah forum untuk melantik Perdana Menteri seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurutnya, penyelesaian kepada kemelut politik ini mestilah selari dengan keluhuran perlembagaan negara.
“Telah tiba masanya kita menyerahkan kepada kearifan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan sebagai memberikan jalan keluar dan melakukan yang terbaik untuk Malaysia.
“Semua pihak harus menghormati kearifan Yang di-Pertuan Agong dan tidak mendahului Seri Paduka dalam apa jua keadaan pun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
#Dewan Rakyat
#kemelut politik
#Mahathir Mohamad
#Mohamad Hasan
#pelantikan perdana menteri
#UMNO
#Yang di-Pertuan Agong