Dengar kehendak rakyat bukan kemahuan parti - Penganalisis
Astro Awani
Oktober 29, 2020 09:14 MYT
Oktober 29, 2020 09:14 MYT
KUALA LUMPUR:
Dr Mansor yang merupakan Felo Bersekutu Institut Kajian Etnik (KITA) UKM menjelaskan, pemimpin-pemimpin parti perlu berbincang dan berunding dengan rakyat untuk mengetahui apa sebenarnya dimahukan.
Beliau menjelaskan banyak keputusan yang dibuat mutakhir ini lebih banyak dibuat pada kaca mata kepentingan pemimpin parti bukan rakyat.
"Kita kena kembali kepada apa yang rakyat nak dalam masyarakat sebenarnya. Sekarang ini kita bincang apa UMNO nak, apa yang DAP nak, apa yang PKR nak, apa yang Pas nak.
"Rasa degup jantung rakyat, sebab di bawah sana rakyat sudah bosan dengan politik masa kini hingga perlu campur tangan Yang di-Pertuan Agong.
"Ini sebenarnya menandakan bahawa ahli-ahli politik kini sudah buntu memikirkan penyelesaian," katanya kapada Astro AWANI.
Dr Mansor juga berpendapat apa yang berlaku hari ini tidak menjurus kepada semangat untuk semua kaum.
Beliau menyarankan agar pemimpin politik berusaha untuk segera menyelesaikan masalah yang melibatkan semua bangsa di negara ini.