Demi Malaysia lebih baik, pemimpin NGO boleh bertanding di bawah parti politik bersih seperti Keadilan - Tun M

Firdaus Azil
Julai 21, 2022 18:48 MYT
Dr Mahathir berkata, PKR pernah meminjamkan logo mereka kepada parti lain pada PRU14, dan akhirnya berjaya membentuk Kerajaan Pakatan Harapan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan pemimpin badan-badan bukan kerajaan (NGO) boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sebagai calon yang bebas dan bersih.
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu berkata, memandangkan NGO berkenaan bukan parti politik, sebagai alternatif, mereka boleh bertanding di bawah parti politik yang bersih, tanpa menyertai parti tersebut.
Sebagai contoh, kata Ahli Parlimen Langkawi itu lagi, pada PRU14, Parti Keadilan Rakyat telah meminjamkan simbol dan benderanya untuk calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
Seterusnya, Dr Mahathir berkata, gabungan berkenaan berjaya memenangi pilihan raya tersebut, dan akhirnya membentuk kerajaan yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.
“Strategi yang sama boleh digunapakai dalam PRU15. Dengan cara ini NGO mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk meneruskan perjuangan mereka (untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik).
“Tetapi sudah tentu NGO tersebut perlu mendapat kebenaran dari mana-mana parti yang mereka pilih untuk gunakan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam penulisannya di laman media sosial rasmi beliau, bertajuk - "Jailing Najib".

8. The best way for NGOs to achieve their struggle to clean the Government is for them and their followers to vote for clean politicians who are not in power now but who wish for Malaysia to recover as an Asian Tiger.

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 21, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu Dr Mahathir berkata, cara terbaik untuk pemimpin NGO terbabit untuk merealisasikan hasrat mereka melihat Kerajaan Malaysia yang lebih baik, adalah dengan mereka dan pengikut mereka mengundi pemimpin bersih yang tiada kuasa, tetapi masih mengharapkan Malaysia kembali menjadi Harimau Asia.
#Tun Dr Mahathir Mohamad #ahli politik korup #PRU15 #Najib Razak
;