Debat Tun Mahathir-Nazri Aziz 25 Mac ini di Padang Rengas
Harits Asyraf Hasnan
Mac 13, 2017 18:29 MYT
Mac 13, 2017 18:29 MYT
Debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan pada 25 Mac ini.
Nazri yang mengesahkan perkara tersebut berkata debat itu akan bermula pukul 3 petang di Padang Rengas.
Katanya, isu yang akan menjadi fokus termasuk skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
"Saya akan hadir pada tarikh berkenaan jika semua yang diusahakan (penganjuran debat) berjalan lancar.
"Saya menghormati beliau (Dr Mahathir), kami akan berdebat mengenai isu negara.
"Perkara ini (sesi debat) dianjurkan kerana beliau yang cabar saya, bukan sebaliknya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Terdahulu, dilaporkan Nazri menyatakan persetujuan di atas persediaan sebuah akhbar menjadi penganjur.