Debat: Nazri tunggu Tun M di MRSM Sultan Azlan Shah

Abd Razak Mohd Ali
Mac 25, 2017 14:53 MYT
Nazri tiba pada lebih kurang jam 1 tengah hari bersama kira-kira 50 orang penyokong dan kini masih berkumpul di pintu masuk MRSM tersebut.
Seperti yang dijanjikan, Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tiba di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, di sini untuk menunggu kedatangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tiba pada lebih kurang jam 1 tengah hari bersama kira-kira 50 orang penyokong dan kini masih berkumpul di pintu masuk MRSM tersebut.
Menurut Nazri, beliau tetap hadir ke MRSM tersebut walaupun debat di antara beliau dan bekas perdana menteri itu yang sepatutnya berlangsung hari ini, tidak dapat diadakan kerana tidak mendapat permit polis.
BACA: Nazri kemuka tarikh baharu debat dengan Dr Mahathir
"Saya akan menunggu kedatangan Tun dan berharap beliau datang," katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, anggota polis mengadakan kawalan lalu lintas di perkarangan MRSM.
#debat #Dr Mahathir Mohamad #MRSM #Nazri Aziz
;