Debat Nazri dan Dr Mahathir tidak relevan - Ibrahim Ali
Irwan Muhammad Zain
Mac 22, 2017 18:17 MYT
Mac 22, 2017 18:17 MYT
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menyifatkan debat antara Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tidak relevan.
Bekas ahli parlimen Pasir Mas itu berpendapat isu-isu yang ingin diperdebatkan oleh Nazri dan Dr Mahathir telah pun diketahui umum.
“Saya percaya apa yang didebat itu isu kandungannya orang sudah tahu, tapi tak apa sebab dia ada masa dan tidak ada kerja lain nak buat debat.
“(Kalau saya baik) saya siram pokok bunga dekat rumah,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini, hari ini
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai debat antara Nazri dan Dr Mahathir yang sepatutnya diadakan pada 25 Mac ini namun ditunda ke 7 April depan.
Debat itu akan di adakan di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada 9.30 malam.