Debat Nazri Aziz-Tun Mahathir 7 April ini - Pengerusi Karangkraf

Astro Awani
Mac 21, 2017 20:31 MYT
Debat akan diadakan di Dewan Karangkraf pada 9.30 malam dan disiarkan secara langsung menerusi Sinar TV.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub hari ini mengesahkan debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan diadakan pada Jumaat 7 April nanti.
Menerusi akaun Twitternya, Hussamuddin memaklumkan, debat itu akan diadakan di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada 9.30 malam dan disiarkan secara langsung menerusi Sinar TV.

Wacana/dialog Mahathir/Nazri akan diadakan di Dewan Karangkraf, Shah Alam jam 9.30mlm Jumaat 7hb April,2017. Sinar TV akan siar live. Rasmi

— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) March 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, polis menolak permohonan penganjuran debat terbuka antara Nazri dan Dr Mahathir.
Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata permohonan berkenaan ditolak atas empat sebab iaitu lewat mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang termaktub di bawah Seksyen 9(1) APA 2012 iaitu penganjur perlu membuat pemberitahuan kepada Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan.
BACA: Polis tolak permohonan debat Tun Mahathir - Nazri
BACA: Nazri bidas polis, persoal mengapa tolak permohonan debat
Katanya lagi, tempat perhimpunan yang dipilih sebelum ini iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar merupakan kawasan sekolah dan ia adalah satu tempat larangan mengikut Jadual Pertama (Seksyen 3) akta sama.
Debat yang dinanti-nantikan itu dikatakan bakal menyentuh isu berbangkit dalam negara seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bumiputra Malaysia Finance (BMF).
#debat #Hussamuddin Yaacub #Karangkraf #Nazri Aziz #Tun Mahathir
;