DAP tidak guna logo 'roket' di Semenanjung
Astro Awani
April 5, 2018 14:39 MYT
April 5, 2018 14:39 MYT
DAP tidak akan menggunakan logo 'roket' mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti di kawasan Semenanjung Malaysia.
Perkara ini disahkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
"Ini bukan merupakan suatu yang mudah buat kami," kata Guan Eng.
Tambah beliau, 'pengorbanan' ini dibuat supaya semua parti komponen dalam Pakatan Harapan dapat menggunakan satu logo yang sama.
Namun, Guan Eng menyatakan bahawa DAP Sarawak dan Sabah bebas untuk menentukan sama ada mereka akan menggunakan logo 'roket' atau tidak dalam PRU 14 nanti.
Ini merupakan kali pertama DAP mengambil keputusan sedemikian sejak penubuhannya pada tahun 1965.