DAP tahu saya jumpa Muhyiddin - Sheikh Omar
Astro Awani
Jun 26, 2020 12:20 MYT
Jun 26, 2020 12:20 MYT
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Sheikh Omar Ali mengesahkan pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Sheikh Omar menjelaskan pertemuan yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya itu berlangsung pada 15 Jun lalu dan dalam pengetahuan pemimpin DAP.
"Pertemuan antara saya dengan YAB Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah benar. Pertemuan berlaku pada petang 15 Jun 2020 di bangunan Perdana Putra.
"Pertemuan tersebut adalah atas undangan YAB PM.
"Sebagai ahli DAP, pertemuan saya dengan YAB PM adalah dalam pengetahuan pimpinan parti," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran pertemuan itu atau sebab dipanggil oleh perdana menteri.
Timbul berbagai spekulasi disebabkan pertemuan tersebut antaranya ada yang menjangkakan Shekih Omar akan menyertai Bersatu.
Namun di laman Twitter, Sheikh Omar menafikan beliau akan menyertai parti lain.
#ADUN
#Bersatu
#DAP
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Paloh
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#Sheikh Omar Ali