DAP Pulau Pinang mula temu duga 30 muka baharu untuk PRU15

Bernama
Ogos 22, 2022 19:17 MYT
DAP Pulau Pinang mula menemu duga lebih 30 bakal calon baharu yang akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Chow Kon Yeow. - Gambar fail
GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang mula menemu duga lebih 30 bakal calon baharu yang akan bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, sesi temu duga itu yang bermula semalam, dijangka selesai dalam tempoh empat hari dan diikuti temu duga untuk calon daripada penyandang kerusi sedia ada.
"Kami akan melihat beberapa kriteria seperti pengalaman dalam politik, kerjaya mereka, pencapaian pendidikan, penguasaan bahasa dan pengalaman bekerja dalam kalangan masyarakat," katanya dalam sidang media di sini hari ini. - BERNAMA
#DAP Pulau Pinang #temu duga muka baharu #Calon PRU15 #Chow Kon Yeow
;