DAP Pulau Pinang kemuka lebih 19 nama cadangan calon
Bernama
Julai 20, 2023 19:58 MYT
Julai 20, 2023 19:58 MYT
GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang telah mengemukakan lebih 19 nama cadangan untuk menjadi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusinya Chow Kon Yeow berkata senarai tersebut telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memuktamad senarai.
"DAP negeri mengemukakan lebih daripada 19 nama, termasuk kemungkinan beberapa muka baru untuk dipertimbangkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Mentor Connect 2023 di sini hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, DAP menguasai 19 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang.
Chow berkata selepas kesemua nama dimuktamadkan, DAP negeri akan mengadakan majlis memperkenalkan calon.
-- BERNAMA