DAP hilang prinsip selepas jalin kerjasama dengan Tun Dr Mahathir - Abang Johari
Bernama
April 18, 2018 05:49 MYT
April 18, 2018 05:49 MYT
Tindakan parti pembangkang bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mereka dicerca semasa zaman pentadbiran bekas perdana menteri itu disifatkan sebagai parti yang tiada berprinsip.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yakin kerjasama antara mereka berdua dianggap sekadar 'marriage of convenience' (perkahwinan politik) untuk mencapai agenda politik masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.
"Dahulu pemimpin DAP menyifatkan Dr Mahathir sebagai diktator dan hanya mementingkan diri sendiri tetapi hari ini sudah berubah dan mereka berbaik-baik.
"Ternyata ini memberi gambaran bahawa pembangkang tidak ada prinsip dalam perjuangan membela nasib rakyat," katanya berucap merasmikan program 'Harmony Nite' bertema 'United We Stand' di Pintu Gerbang Sibu di sini, malam tadi.
Justeru, beliau meminta rakyat negeri itu memberikan mandat yang lebih besar kepadanya pada PRU14 ini bagi membolehkan usaha menuntut hak-hak Sarawak di bawah perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) diperhebatkan lagi.
-- BERNAMA
#Abang Johari Openg
#agenda
#DAP
#diktator
#Mahathir Mohamad
#mandat
#marriage of convenience
#pembangkang
#Perjanjian Malaysia 1963
#perkahwinan politik
#pilihan raya umum
#Pintu Gerbang Sibu
#politik
#Prinsip
#PRU14