Seorang pemimpin Barisan Nasional memakai baju yang memaparkan logo parti itu ditangkap sewaktu sedang berjalan di sekitar pusat pengundian hari ini, satu kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya.

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman didakwa dilihat, dan gambar beliau dirakam, di dalam tempat pengundian Sekolah Kebangsaan Kg Bahagia petang ini.

Di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, mana-mana orang yang memakai atau memegang barang yang mempunyai simbol parti politik dekat dengan 50 meter dari tempat mengundi boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

"Kami mempunyai foto dan pegawal keselamatan di sekolah ini boleh mengesahkan ini. Ahli Parlimen Pasir Salak MP memakai baju yang penuh dengan logo parti berkenaan di tempat mengundi itu," kata calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kepada media.

Sementara itu, Tajuddin memberitahu The Malaysian Insider bahawa ia adalah tuduhan yang salah.
Beliau menjelaskan bahawa hanya ingin menggunakan tandas setelah bersama penyokong BN di luar tempat mengundi selama lima jam.

“Itu fitnah. Seseorang mengiringi saya. Saya mahu menggunakan tandas. Saya tidak dapat menukar pakaian saya,” beliau dipetik berkata.

Di luar tempat mengundi itu, ahli-ahli BN dan UMNO dari bahagian Pasir Salak telah terlibat dalam satu lawanan jeritan dengan penyokong Pakatan Rakyat dan kedua-dua pihak cuba untuk memprovokasi diantara satu sama lain.

Ia menjadi terlalu hangat sehingga Dyana dikatan ingin membatalkan lawatan ke lokasi berkenaan.
Pada awal pagi, penasihat DAP Lim Kit Siang dilihat berdiri berhampiran pintu masuk tempat mengundi di SJKC San Min 1, tetapi telah berpindah apabila pegawai bercakap dengan beliau.

Sepanjang beberapa puat pengundi yang mempunyai penduduk majoriti Cina, beberapa lelaki dilihat memaikai t-shirt berwarna merah dan secara tidak langsung didengar menyuruh pengundi untuk mengundi kepada calon BN Datuk Mah Siew Keong.

“Undi untuk orang kita. Undi untuk calon Cina,” kata salah seorang lelaki yang mengaku beliau adalah wakil sebuah NGO dari Sabah, yang didengar oleh wakil Astro AWANI.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah mengadu tentang lelaki-lelaki berpakaian merah, dan mendakwa bahawa mereka adalah ejen yang cuba untuk mengelirukan pengundi.

"Mereka hanya cuba untuk menipu pengundi supaya berfikir mereka dari DAP. Mereka memberitahu salah seorang daripada mereka untuk mengundi nombor 1 (Mah), tidak 2 (Dyana)," kata Lim.

Undang-undang pilihan raya juga melarang sesiapa sahaja untuk meraih undi untuk mana-mana calon.