DAP bantah PKR umum calon Parlimen Alor Setar
Astro Awani
April 1, 2013 19:37 MYT
April 1, 2013 19:37 MYT
Krisis dalaman pakatan pembangkang terus bergolak.
Tiada kesepakatan antara komponen parti itu semakin ketara apabila DAP membantah sekerasnya pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di Parlimen Alor Setar.
Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai membelakangi parti itu.
Jelas Guan Aik, pengumuman itu dibuat tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu.
Anwar mengumumkan nama Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsio Leong sebagai calon Parlimen Alor Setar.
Sementara Ketua Cabang PKR Kuala Kedah, Dr. Azman Ismail pula menggantikan Datuk Ahmad Kassim di Parlimen Kuala Kedah.