Dakwaan Agong arah PM letak jawatan palsu, cubaan pengaruhi sokongan Ahli Parlimen UMNO - Sumber PMO

Firdaus Azil
Ogos 6, 2021 17:01 MYT
Sumber itu berkata segala perbincangan antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong diminitkan, dan mustahil Muhyiddin tidak memberitahu perkara yang sebenar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dakwaan Perdana Menteri diarahkan meletakkan jawatan sebanyak tiga kali oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti yang dilaporkan Sarawak Report adalah palsu, dan berniat jahat.
Sumber dari Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, laporan itu ditulis dengan tujuan untuk memberi persepsi negatif terhadap hubungan antara Ketua Negara dan Ketua Eksekutif tersebut.
Tambahnya lagi, penyebaran berita palsu dan pembohongan tersebut, sengaja dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menekan Ahli-Ahli Parlimen UMNO supaya menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Politik | Kebijaksanaan Agong atasi persepsi 'hilang majoriti'
“Paling ketara (laporan) itu mengatakan Perdana Menteri hanya menghadap Baginda Tuanku selama lima minit di Istana Negara pada Rabu, padahal ia sebenarnya berlangsung selama 45 minit.”
“Hubungan diantara Baginda Tuanku Agong dan YAB Perdana Menteri amat baik. Baginda Tuanku seorang yang bijaksana dan memahami keperluan sebuah kerajaan yang stabil,” kata sumber itu lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 'Ada pihak cetuskan kemelut politik, mahu saya campuri urusan mahkamah' - PM
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Ini kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat sejak 26 Julai 2021
[INFOGRAFIK] Kronologi perdebatan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat
Terdahulu portal Sarawak Report mendakwa, Muhyiddin tidak memberitahu perkara sebenar tentang perincian perbincangan antara beliau dan Agong di Istana Negara tempoh hari.
Portal itu mendakwa, ia mendapat maklumat dari sumber yang rapat dengan kerabat diraja, bahawa Agong sewaktu pertemuan itu meminta Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
BACA: MKT UMNO tarik sokongan, mahu Muhyiddin letak jawatan sebagai PM
BACA: 31 Ahli Parlimen UMNO, BN terus sokong Kerajaan pimpinan Muhyiddin - Ismail Sabri
BACA: Perbezaan pendirian dalam UMNO diselesaikan secara dalaman - Ismail Sabri
PM masih ada majoriti, usul percaya dibentangkan di Parlimen September ini
Portal itu turut mendakwa, Agong sebenarnya bersetuju dengan permintaan Muhyiddin agar Usul Percaya terhadap keabsahan kerajaan dilakukan di Dewan Rakyat serta-merta, bukan September.
Namun, sumber PMO menyangkal dakwaan itu dan berkata, Perdana Menteri juga telah menyebutnya semasa mesyuarat Kabinet tentang Baginda Tuanku berkenan undi percaya terhadap beliau dibawa ke Parlimen.
“Majlis menghadap berlangsung dalam suasana yang mesra dan berterus-terang. Perkara-perkara ini biasanya dicatatkan dalam minit mesyuarat Kabinet yang juga akan dibaca oleh Baginda Tuanku," katanya.
#Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #Yang di-Pertuan Agong #berita palsu #Agong murka #Sarawak Report #Barisan Nasional #Dewan Rakyat #UMNO #tarik sokongan
;