Dakwaan Rafizi Ramli kerajaan akan mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) lebih tinggi berbanding kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan, dibidas anggota Parlimen kerajaan yang menyifatkan Anggota Parlimen Pandan itu sengaja memutar belit fakta untuk menghasut rakyat.
Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) yang tegas menolak dakwaan itu menyifatkan pengiraan Rafizi 'tidak logik' mengambil kira perbelanjaan itu diandaikan dibuat oleh 'orang biasa'.
"Bagi saya orang biasa ialah mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah.
Kalaulah RM17 sehari (kutipan kerajaan) maknanya beliau kena belanja RM283 membeli barang-barang berGST dan dalam tempoh sebulan perbelanjaan mencecah RM8,500 sebulan untuk membeli barangan GST sahaja.
"Itu belum lagi barang-barang lain yang tidak dikenakan GST," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Nawawi berkata perkiraan Rafizi itu jelas tidak tepat kerana mereka yang tergolong dalam pendapatan itu tidak akan mampu membayar GST melebihi pendapatan bulanan.
"Mana logik matematik yang membolehkan gaji RM4,000 sebulan membeli barang lebih RM8,500 sebulan...tiap-tiap bulan dia akan berhutang RM4,500 atau lebih 100 peratus daripada sumber gaji bulanan," katanya.
Rafizi sebelum ini mendakwa kerajaan bakal mengutip purata GST RM19 sehari daripada setiap keluarga di negara ini pada tahun depan dan jumlah itu lebih besar berbanding jumlah kenaikan BR1M hanya 14 sen sehari.
Peralihan cukai itu juga akan menyebabkan rakyat Malaysia akan membayar sebanyak RM13 bilion cukai tambahan bagi tahun depan, dakwa Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Perkara itu turut disentuh Ahmad Nazlan Idrin (BN-Jerantut) yang menyifatkan dakwaan Rafizi itu satu lagi penipuan dan perkiraan yang tidak waras.
"Ini lagi satu penipuan. Kalau seseorang belanja RM316 sehari bolehlah kerajaan kutip RM19 sehari, tapi adakah ini satu perkiraan yang waras?
"Rata-rata pendapatan golongan B40 tidak sampai RM3,000...maknanya ini satu lagi kaedah putar belit dan kenyataan menghasut rakyat," katanya yang membahaskan rang udang-undang sama.
Putar belit pembangkang dalam isu GST turut menarik perhatian Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) yang menyelar sikap lantang mereka menolak GST, sedangkan cukai itu membantu meningkatkan pendapatan negara terutama ketika keadaan harga komoditi yang kini jatuh.
Noh turut mencadangkan kerajaan mewujudkan kluster atau kumpulan rakyat mendapat pengecualian GST terdiri daripada beberapa kategori seperti kumpulan pelajar, senarai penerima E-Kasih, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
"Tidak dapat dinafikan sudah beribu barang yang telah disenaraikan sebagai 'zero' GST termasuk semua jenis ubat penyakit tidak berjangkit seperti yang diumumkan dalam Bajet 2016. Kerajaan mungkin memikirkan rakyat yang tidak berkemampuan hanya membeli barang yang dikecualikan GST sahaja," katanya.
Noh turut menggesa kerajaan mempercepat pelantikan 3.6 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di seluruh negara bagi memperkasa pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Membahaskan isu sama, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) pula berkata kerajaan perlu memperkemas sistem penguatkuasaan bagi memastikan pelaksanaan GST benar-benar memenuhi tujuannya selain mengelak kebocoran.
"Sekarang ada GST...itu okay...tetapi ramai yang mengambil kesempatan...ke mana mahu lapor. Saya lapor di sini (Dewan Rakyat) sebab semua orang boleh mendengar, rakyat boleh mendengar dan kerajaan boleh mengambil tindakan.
"Kalau tidak GST tinggal GST dan banyak orang akan mengambil peluang, yang tidak daftar (GST) pun ambil kesempatan. Rakyat mahu melihat keberkesanan penguatkuasaan undang-undang terhadap peniaga kecil mahupun besar yang mengambil kesempatan," katanya.
Abdul Ghapur berkata cukai yang dilaksanakan sejak 1 April lepas itu dilihat bermasalah dan menjadi isu kerana sikap sesetengah pihak yang mengambil kesempatan atas nama GST termasuk penyelewengan dan manipulasi harga barang.
Beliau berkata pada masa ini, rakyat terpaksa pergi ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk membuat aduan, sedangkan tidak banyak cawangan jabatan itu di seluruh negara.
"Paling menyusahkan apabila rakyat terpaksa beratur panjang di Jabatan Kastam hanya kerana mahu mengadu mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan GST. Kesian orang kampung, takkan hendak biarkan mereka turun ke bandar dan habiskan seharian untuk kemukakan aduan GST," katanya.
Beliau turut mencadangkan pusat atau kaunter aduan mengenai GST diperbanyakkan dan dibuka di seluruh negara termasuk di beberapa kawasan tumpuan awam di Sabah.
Bernama
Thu Oct 29 2015
Rafizi (gambar) sebelum ini mendakwa kerajaan bakal mengutip purata GST RM19 sehari daripada setiap keluarga di negara ini pada tahun depan dan jumlah itu lebih besar berbanding jumlah kenaikan BR1M hanya 14 sen sehari.
Program Madani Sarawak dijangka tarik 100,000 pengunjung
Penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) Sarawakku Sayang di Miri pada 27 hingga 29 Sept ini dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung melalui pelbagai program dianjurkan.
Nuansa Seni edisi ke-5 tingkat martabat busana Melayu tradisional
Penganjur nuansa seni volume 5 Festival Gemilang Seni dan Budaya Sarawak, Dr Sharifah Suzana Wan Shukran berkata keistimewaan konsep pakaian cara melayu dibuktikan dengan wujudnya ciri reka bentuk pakaian tradisional melayu yang diterima sebagai antara identiti budaya Melayu.
Penduduk Kampung Sim-Sim perkukuh perpaduan menerusi Karnival Hari Malaysia
Karnival Kampung Sim-Sim diadakan sempena Hari Malaysia bertujuan mengukuhkan tali silaturrahim antara penduduk.
Kerajan alu-alukan inisiatif baharu stabilkan harga barang
Usaha untuk menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan serta bersifat mampu milik akan sentiasa menjadi usaha berterusan Kerajaan, selaras dengan tonggak utama Kerajaan MADANI dalam memelihara kesejahteraan rakyat.
Polis tidak cadang haram perhimpunan RXZ - Pengarah JSPT
Polis tidak bercadang untuk mengharamkan program perhimpunan We Are RXZ, sebaliknya mahu pihak penganjur mematuhi prosedur semasa.
Inisiatif pembangunan jagung bijian bersepadu di Sabah, Sarawak
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini bagi mengurangkan kebergantungan import sumber makanan industri ternakan yang selama ini menyumbang kepada faktor kos pengeluaran dan harga bekalan tinggi di pasaran.
Sarawak amal konsep Muqarabah sebagai dasar pentadbiran
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan dasar itu akan mengambil kira aspek kehidupan seharian dan tanggungjawab umat manusia kepada alam semesta.
Pelbagai lapisan masyarakat sertai perarakan
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di bandar Mukah disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Gundam daripada peminat
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Kerana Najib, kerajaan Malaysia rosak, UMNO hancur, BN kalah PRU14 - Tun M
Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.
Digelar Perdana Menteri paling teruk, Najib senaraikan kejayaan di bawah pentadbirannya
Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau disifatkan teruk bagi 'mereka' dan tidak baik untuk kroni-kroni mereka.
Saya dapat sokongan kerana kerap turun padang, tunaikan janji - Tun Mahathir
Sokongan diperoleh selepas beliau banyak turun padang bertemu rakyat selain menepati janji yang dibuat.
Bayaran BSH fasa pertama bermula Isnin
Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, bayaran berjumlah RM300 itu melibatkan hampir 3.8 juta penerima dengan peruntukan keseluruhan lebih RM1 bilion.
Tiada usaha bersungguh-sungguh capai Wawasan 2020 - Tun Mahathir
Jelasnya, strategi dan polisi yang salah menyebabkan usaha negara untuk menjadi negara maju melalui visi berkenaan belum tercapai.
Hopes for Pakatan Harapan
The main needs of voters at the grass roots is ringgit and cents. Their worry is how to make ends meet with the economic slowdown and escalating costs.
Permohonan fasa kedua, ketiga Bantuan Sara Hidup dibuka
Pemohon yang layak menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual pada Mei dan Ogos depan.
Hentikan budaya politik sempit - Fahmi
Sentimen perkauman satu perkembangan politik yang tidak sihat kerana Malaysia sebuah negara yang harmoni dan rakyat menolak semangat perkauman sempit.
Kerajaan disaran turun harga barang sebelum hapuskan BR1M
Kerajaan juga harus menyediakan prasarana yang lebih kondusif agar tidak membebankan golongan kurang berkemampuan.
PRK Seri Setia: Pemansuhan BR1M tidak jejas peluang - Calon PH
Beliau yakin pengundi di kawasan itu hanya mahukan DUN itu terus ditadbir oleh kerajaan PH.