Cuma 44 peratus keluar mengundi di PRK Seri Setia

Rahimah Abdullah
September 8, 2018 18:59 MYT
Peratusan keluar mengundi di PRK Seri Setia tidak melepasi 50 peratus selepas semua pusat pengundian ditutup pada jam 5.30 petang tadi. - Astro AWANI/Shahir Omar
Peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Seri Setia hanya mencatatkan 44 peratus selepas kesemua 16 pusat pengundian ditutup jam 5.30 petang tadi.
Peratusan itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya hari ini.
Suruhanjaya itu sebelum ini mensasarkan lebih 70 peratus orang akan keluar mengundi pada PRK Seri Setia.
Pada masa sama, Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Othman Mahmood dalam sidang media sebelum ini juga menjangkakan peratusan keluar mengundi di DUN Seri Setia lebih tinggi daripada PRK Sungai Kandis yang mencatatkan 49.4 peratus.
BACA: Calon PH mengundi di SK Kg Lindungan
BACA: Warga emas pesakit strok antara pengundi paling awal di Seri Setia
#pengundi #peratusan keluar pengundi #pilihan raya kecil #politik #PRK #seri setia
;