'Cuba lakukan sendiri', kata Tun M kepada Azmin Ali

Bernama
September 24, 2014 07:46 MYT
Tun Dr Mahathir berkata MB Selangor yang baharu boleh mentadbir Selangor dengan baik jika beliau menguruskannya dengan pendekatan sendiri.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Besar Selangor yang baharu boleh mentadbir Selangor dengan baik jika beliau menguruskannya dengan pendekatan sendiri.
"Cuba lakukannya sendiri," kata beliau apabila ditanya mengenai nasihat beliau kepada Mohamed Azmin Ali yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Selasa.
Bercakap kepada wartawan di luar Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2014 di sini hari, Dr Mahathir berkata beliau boleh menjadi Menteri Besar yang baik
"Jika beliau tidak mendengar arahan dari tempat lain."
#Azmin Ali #Menteri Besar Selangor #Tun Mahathir
;