Cuaca baik pada 9 Mei, tiada masalah untuk keluar mengundi
Astro Awani
Mei 7, 2018 20:45 MYT
Mei 7, 2018 20:45 MYT
Rakyat Malaysia dijangka tidak berdepan masalah untuk keluar mengundi Rabu ini apabila ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menunjukkan cuaca cerah di kebanyakan negeri.
Menerusi laman webnya, MET Malaysia bagaimanapun meramalkan ribut petir, hujan sekejap-sekejap dan mendung pada sebelah petang, antaranya di Pulau Pinang dan di beberapa tempat di Johor.
Antara lokasi tersebut ialah Segamat, Labis, Ledang, Kluang, Pagoh, Bakri, Simpang Renggam dan Sembrong.
BACA. FAHAM. UNDI: LAPORAN KOMPRHENSIF PRU14 & KEPUTUSAN PRU LALU DI SINI
Mereka yang berada di lokasi terbabit dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi.
Bagi warga Kuala Lumpur, Labuan serta Melaka, cuaca dijangka baik pada pagi dan petang.
Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula, cuaca dijangka baik pada pagi dan petang, kecuali di satu dua tempat yang akan mengalami ribut petir.
#cuaca
#hujan
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Malaysia
#Malaysia Memilih
#mendung
#mengundi
#ramalan cuaca
#ribut petir