COVID-19: 7,950 jangkitan baharu, kumulatif kes kini 2,361,529

Astro Awani
Oktober 13, 2021 11:36 MYT
Penambahan 7,950 kes baharu hari ini menjadikan kumulatif kes COVID-19 yang dikesan di Malaysia adalah 2,361,529. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 7,950 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, penambahan tersebut menjadikan kumulatif kes kini 2,361,529.
"Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my
"Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," memetik kenyataan itu.
Memetik kenyataan media yang dikeluarkan Dr Noor Hisham, daripada 7,950 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, majoriti masih melibatkan kategori 1 dan 2.
"133 kes (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 7,817 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," katanya.
Selain itu, beliau turut memaklumkan sejumlah 10,832 kes sembuh direkodkan.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah 725 kes dengan 380 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Berkait status kluster wabak itu, beliau memaklumkan terdapat 13 kluster baharu dengan 762 kluster lagi masih aktif.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan baharu COVID-19 #Kemas kini COVID-19