CIMB senaraikan 29 lokasi ATM pengeluaran wang kertas RM10 untuk duit raya

Amanz
Mac 17, 2025 12:30 MYT
CIMB menyenaraikan 29 lokasi ATM di seluruh negara yang boleh digunakan untuk mengeluarkan wang kertas RM10 untuk duit raya. -Gambar fail/EPA
HARI Raya Aidilfitri akan tiba dalam masa dua minggu sahaja lagi dan sekarang ialah masa terbaik untuk mengeluarkan wang kertas yang ingin diberikan sebagai duit raya.

Ringkasan AI
  • CIMB telah menyenaraikan 29 lokasi ATM di seluruh negara yang boleh digunakan untuk mengeluarkan wang kertas RM10 untuk duit raya.
  • Pengeluaran wang kertas RM10 boleh dilakukan dari 17 Mac hingga 31 Mac 2025.
  • Dalam dunia penggunaan nirtunai dan dompet digital, semakin sukar mendapatkan wang kertas dalam denominasi kecil.

CIMB telah menyenaraikan lokasi 29 mesin ATM di seluruh negara yang boleh digunakan untuk mengeluarkan wang kertas RM10.
Pengeluaran wang kertas boleh dilakukan bermula hari ini 17 Mac sehingga 31 Mac 2025.
Dalam dunia penggunaan nirtunai dan dompet digital semakin berkembang, semakin sukar mendapatkan wang kertas khususnya dalam denominasi yang kecil.
Jika anda masih lebih selesa memberikan duit raya dalam bentukan analog, di bawah ialah senarai 29 lokasi ATM CIMB yang boleh digunakan.
-Amanz
#CIMB #ATM #Hari Raya Aidilfitri #duit raya
;