Chini Memilih: Calon Bebas bangga Tun Dr Mahathir beri sokongan

Fareez Azman
Jun 23, 2020 16:37 MYT
Tengku Zainul Hisham bangga mendapat sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar: Astro AWANI
Walaupun digugurkan daripada Bersatu, calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, bersemangat apabila menerima sokongan Tun Dr Mahathir.
Dia yang mengakui tidak pernah bertemu dengan bekas Perdana Menteri itu, berkata sokongan itu amat dihargainya.
"Saya ditunjuk video yang tular memaparkan Tun Dr Mahathir menyatakan sokongan kepada saya. Ahamdulillah jika beliau menyokong saya yang bertanding atas tiket Bebas.
"Saya rasa bangga disokong seorang Negarawan seperti Tun Dr Mahathir, mesti beliau ada sebab tertentu menyokong saya," katanya ketika ditemui ketika berkempen di Kampung Orang Asli Gantung Geriang di Chini pada Selasa.
Bagaimanapun jelas Tengku Zainul, dia tidak akan leka dengan sokongan berkenaan, sebaliknya akan terus bekerja keras untuk menarik sokongan pengundi.
#Bersatu #calon Bebas #kempen #Langkawi #Mahathir Mohamad #media sosial #N23 DUN Chini #Pekan #pilihan raya kecil #PPBM #rakyat #Tular #video
;