Checklah! Malas nak layan cerita budak-budak bodoh - Tok Mat
Rahimah Abdullah
April 9, 2019 10:23 MYT
April 9, 2019 10:23 MYT
Enggan melayan dakwaan pemilikan rumah banglo di Seremban 2 di sini, calon Barisan Nasional (BN) di Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan melabel individu terbabit seperti ‘budak-budak bodoh’.
Timbalan Presiden UMNO itu pada masa sama berkata beliau tidak kisah jika ada pihak mahu memeriksa kebenaran dakwaan itu.
“Semua orang kata rumah saya sana, rumah saya sini. Checklah. Kalau rumah saya, rumah sayalah.
"Saya malaslah nak layan, cerita budak-budak bodoh yang main pondok-pondok,” katanya kepada media selepas melawat Pusat Mengundi Awal di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Sendayan di Rantau pada Selasa.
Calon PH, Dr S Streram pada Isnin meminta penjelasan Mohamad Hasan berhubung dakwaan calon BN itu memiliki rumah banglo dengan rekaan seni bina rumah Minangkabau di situ yang tular di media sosial sejak semalam.