Calon PH Seri Setia menangis jawab kenyataan calon Pas
Arfa Yunus
September 6, 2018 18:01 MYT
September 6, 2018 18:01 MYT
Kurang 48 jam lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undang Negeri (DUN) Seri Setia dan Balakong akan berlangsung.
Dalam waktu yang singkat ini, perjalanan kempen di Seri Setia kini dilihat semakin hangat.
Awal pagi tadi, calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar menitiskan air mata semasa mengadakan sidang media.
Beliau mula sebak ketika menjawab kenyataan calon Pas Dr Halimah Ali yang menyatakan kempen Halimey menggunakan moto 'anak tempatan' sebagai ketinggalan zaman.
"Yang pastinya saya memang anak tempatan. Saya dah biasa dengan kehidupan susah. Saya akui saya anak setinggan.
"Ayah saya berniaga pasar malam, di mana pendapatan mencapai RM20 ringgit sehari untuk menampung keluarga.
"Sekarang inilah masanya untuk saya bantu masyarakat setempat, kawasan saya sendiri. Saya tahu macam mana susahnya hidup sebagai anak setinggan," katanya kepada pemberita hari ini.
Halimey kemudiannya mempersoalkan jasa Dr Halimah kepada pengundi di DUN Seri Setia.
Beliau turut berkata bahawa Dr Halimah bukanlah pengundi di kerusi berkenaan.
"Perlu ingat Dr Halimah bukan pengundi DUN Seri Setia. Dr Halimah tak pernah menabur budi untuk DUN Seri Setia.
PRK DUN Seri Setia pada Sabtu ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu.
Halimey bakal berdepan calon Dr Halimah yang berpengalaman menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang selama 10 tahun.
#calon
#calon tempatan
#Dewan Undangan Negeri
#Dr Halimah Ali
#DUN
#Halimey Abu Bakar
#Pakatan Harapan
#PAS
#PRK Seri Setia