Calon Perdana Menteri ke-9: Ahli Parlimen UMNO, Bersatu pulang dari Istana Negara

Ridauddin Daud
Ogos 19, 2021 12:55 MYT
Bas membawa Mustapa Mohamed (Jeli), Mohamed Azmin Ali (Gombak) dan Rina Mohd Harun (Titiwangsa) tiba di Istana Negara. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat sudah meninggalkan Istana Negara pada Khamis.
Pemimpin pertama dilihat keluar ialah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 11.28 pagi.
Beberapa kenderaan dilihat menyusul dan salah satunya dipercayai membawa Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Kira-kira 10 minit kemudian, kelihatan beberapa kenderaan lagi keluar dari pekarangan Istana Negara.
Antaranya membawa Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang sempat melambai kepada media.
Pada jam 11.49 pagi pula, bas membawa Ahli Parlimen Bersatu dilihat meninggalkan istana dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kamaruddin Jaffar antara yang berada di dalam bas tersebut.
Lima minit sebelumnya, bas membawa Ahli Parlimen UMNO pada pagi tadi dilihat keluar dari Istana Negara, namun tiada pemimpin dilihat berada dalam bas berkenaan.
Tengah hari ini, beberapa lagi Ahli Parlimen dijadual hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong, antaranya Ahli Parlimen dari Bersatu yang dilihat masuk ke Istana Negara pada jam 12.45 tengah hari.
Antara yang kelihatan ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak) dan Datuk Seri Rina Mohd Harun (Titiwangsa).

12.45 tghari Bas membawa beberapa MP, kelihatan DS Mustapa Mohamed (Jeli), DS Mohamed Azmin Ali (Gombak) dan DS Rina Mohd Harun (Titiwangsa).@501Awani #AWANInews pic.twitter.com/gnv5wZ7ddX

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#menghadap Agong #ahli Parlimen #Istana Negara #Yang di-Pertuan Agong #Annuar Musa #Khairy Jamaluddin #Najib Razak #Tan Sri Annuar Musa #UMNO #Bersatu #Politik Malaysia #Azmin Ali #bas #Mustapa Mohamed
;