Calon PAS hadir majlis buka puasa kempen calon Amanah
Hafiz Marzukhi
Jun 14, 2016 20:35 MYT
Jun 14, 2016 20:35 MYT
Calon PAS untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Besar, Dr Abdul Rani Osman membuat kejutan dengan menghadirkan diri di majlis berbuka puasa yang dianjurkan bagi tujuan berkempen bagi calon Parti Amanah Negara (Amanah).
"Tiada masalah untuk saya berada di sini.
"Datuk Seri Azmin adalah Menteri Besar saya juga," kata Dr Abdul Rani, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Meru.
Beliau disambut secara sopan dan diberikan tempat di meja utama untuk berbuka puasa.
Acara ini dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Apabila ditanya untuk memberi komen tentang kehadiran Dr Abdul Rani, Azmin enggan mengulas lanjut.
"Tunggulah lepas berbuka puasa," kata beliau sambil tersenyum.
Acara tersebut masih lagi berlangsung.