Calon Melayu wakili DAP boleh diterima masyarakat - Rara Othman

Irwan Muhammad Zain
April 5, 2018 21:41 MYT
Kata Rara, masyarakat Cina juga boleh menerima calon Melayu yang mewakili DAP. - Gambar fail
Masyarakat luar bandar kini semakin menerima calon-calon Melayu yang mewakili DAP, kata Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP Young Syefura Othman.
Young Syefura yang mesra disapa sebagai Rara berkata usaha untuk menimbulkan persepsi bahawa calon Melayu dalam DAP hanyalah boneka semakin tidak diterima oleh masyarakat luar bandar.
Katanya, bukan hanya masyarakat Melayu menerima calon Melayu yang mewakili DAP, masyarakat Cina juga memberi sokongan yang tinggi kepadanya.
"Di kawasan Kampung Peting di Bentong merupakan kawasan Kampung Baru Cina terbesar di Pahang, mereka menerima dengan baik calon Melayu dari DAP.
"Bagi mereka tidak kisah siapa pun calon itu, yang penting calon dari Pakatan Harapan yang mahu membuat kerja untuk membantu mereka," katanya kepada Astro AWANI.
#Barisan Nasional #Bentong #Cina #DAP #Malaysia #Malaysia Memilih #Melayu #Pahang #Pakatan Harapan #Rara Othman #Young Syefura Othman
;