Calon MB Johor: Istiadat Angkat Sumpah pada pukul 3 petang?

Firdaus Azil
Mac 15, 2022 06:37 MYT
Sumber memaklumkan Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar akan berlangsung di Istana Bukit Serene, 3 petang ini. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Persoalan siapa bakal memegang jawatan Menteri Besar Johor semakin hampir terjawab.
Terdahulu sumber memaklumkan Majlis Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri Besar akan berlangsung di Istana Bukit Serene, 3 petang ini.
Biarpun pada awalnya ADUN Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi disebut-sebut sebagai pengganti Datuk Hasni Mohammad (Benut), namun menurut seorang sumber keadaan seperti tidak memihak kepadanya.
“Semalam majoriti ADUN berkumpul di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor untuk menandatangani surat akuan bersumpah, sebagai sokongan kepada Hasni,” kata seorang sumber yang rapat dengan kepimpinan UMNO kepada Astro AWANI.
Tinjauan Astro AWANI di hadapan kediaman itu semalam mendapati pergerakan kereta keluar masuk sehingga pukul 3 pagi.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
Difahamkan Onn Hafiz turut menandatangani akuan sumpah berkenaan, sebagai tanda sokongan kepada Hasni.
Bagaimanapun, seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, prerogatif pelantikan Menteri Besar Johor adalah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
#PRN Johor #mb johor #angkat sumpah #onn hafiz ghazi #Hasni Mohammad #Sultan Johor