Calon 'heavyweight' BN dan PH terus 'diserang' panggilan palsu!

Zaim Ibrahim, Faiq Chong
Mei 9, 2018 15:17 MYT
Beberapa calon 'heavyweight' daripada BN dan PH diganggu dengan menerima beberapa panggilan telefon dari luar negara.
Hari Pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sedikit terjejas apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengganggu beberapa calon yang bertanding hari ini.
Telefon bimbit milik beberapa orang calon daripada kem Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah diganggu dengan panggilan yang tidak dikenali dipercayai daripada luar negara.
Bukan saja panggilan, sistem pemesejan di telefon bimbit mereka juga tidak henti-henti dibanjiri spam.
Calon daripada Parlimen Sepanggar, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mewakili BN sempat kongsikan satu video yang dimuat naik melalui akaun Twitter miliknya mengenai telefonnya menerima banyak panggilan daripada luar negara.

BN leadershandphones have been under technical attack since morning. Calls from overseas keep coming in every few seconds! To prevent us from communicating with our machinery. This is dirty trick! pic.twitter.com/SU871PmF5G

— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau mendakwa beberapa pemimpin tinggi BN 'diserang' panggilan telefon bertalu-talu setiap 10-15 saat ketika ditanya oleh seorang wartawan Astro AWANI.

Calon MP BN Sepanggar, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa pemimpin tinggi BN 'diserang' panggilan telefon bertalu-talu setiap 10-15 saat dari luar negara, termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak yg menerima panggilan @501Awani #MalaysiaMemilih #SabahBahNi pic.twitter.com/FFyuAFLbMZ

— Tan Su Lin AWANI (@tan_sulin) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Datuk Seri Azalina Othman yang bertanding di Parlimen Pengerang juga turut menerima panggilan berkali-kali daripada luar negara pada pagi tadi.

Saya telah terima banyak spam missed calls dari nombor-nombor luar negara yang tidak dikenali pada pagi ini. Ada sesiapa dapat panggilan sebegini juga? pic.twitter.com/gYSbhEX2V8

— Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, bagi kem Pakatan Harapan (PH) mereka juga tidak terkecuali menjadi mangsa panggilan palsu.
Calon Parlimen Bagan dan DUN Air Puteh, Lim Guan Eng, beliau telah diserang panggilan palsu itu pada awal pagi hari ini.
“Kali ini semua kena, bukan sahaja pemimpin tapi petugas-petugas utama di setiap stesen daerah juga kena dan sekali gus telah menyebabkan hubungan dengan Ketua Daerah Mengundi terputus,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Bagi calon Lembah Pantai pula, Fahmi Fadzil, beliau bukan sahaja menerima panggilan palsu malah diserang e-mel palsu yang masuk secara bertubi-tubi.

All the spam emails Ie received in the last 2 min pic.twitter.com/cqYIdgu8XO

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

All the spam phonecalls I getting in the last 10 min. Awas, jangan angkat nombor yg tak dikenali. pic.twitter.com/WkL8egxNWV

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Calon Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, Datuk Sri Azmin Ali turut mendakwa telefon bimbit beliau digodam dengan panggilan dan emel palsu.

My phone under spam attack since early this morning. Received so many foreign calls and junk emails. MCMC must act swiftly.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pihak polis sedang menyiasat panggilan telefon misteri berkenaan dan mengenal pasti pihak yang melakukan kegiatan itu.
#Barisan Nasional #demokrasi #MalaysiaMemilih #Pakatan Harapan #panggilan palsu #Parti Keadilan Rakyat #PAS #PRU14 #scam
;